October 10, 2012

Beberapa orang tentera Yahudi Israel melepaskan tembakan ke udara dengan penuh kegembiraan setelah mereka berjaya membunuh dua orang pemuda yang dikehendaki. Kedua pemuda tersebut merupakan komandan batalion ‘Izzudin Al Qassam”. Mereka berdua ialah ‘Imaad Aql berusia 24 tahun dan Khalid Zeir berusia 26 tahun pada saat kesyahidan mereka.

Berapa umur kita saat ini? Apa pekerjaan dan aktivitas kita saat ini? Apakah selaras dengan pribadi dan perjuangan kedua mujahid di atas? Atau kita sendiri tidak pernah mengenal identitas mereka?

Apa yang telah kita lakukan???

Mencontohi Amal ‘Imaad Aql

‘Imaad Aql lahir pada 9/6/1971. Namanya ‘Imaad dipilih oleh keluarganya seperti nama panglima Islam yang menentang tentera salib, 'Imaduddin Zanky.

Masjid An Nur adalah medan tarbiyah keduanya selain rumahnya sendiri. Tidak sukar mendidik anak sepertinya yang terkenal dengan kepintaran dalam pelajaran. Dalam usia yang sangat muda yaitu 12 tahun, 'Imad sudah dikenalkan dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin. Ketika tercetusnya Intifadhah (1987), dia mula melibatkan diri terjun ke medan perjuangan bersama rekan-rekannya melontarkan batu ke arah pasukan tentera Israel yang lengkap bersenjata. Usia muda tidak menjadikannya ciut melihat kedatangan tentara ganas Laknatullah.

Setelah tamat pengajian di tingkat menengah, 'Imad belajar di Maahad Al Amal dalam bidang pengobatan. Namun cita-citanya tidak kesampaian karena beliau ditangkap pada 23/9/1988. Abangnya 'Adil turut ditahan. Makhamah yang mengadilinya menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana 'kesalahan' terlibat dengan gerakan Hamas menentang rejim Israel. Beliau kemudiannya dibebaskan pada bulan Maret 1990. Tetapi tidak lama. Beberapa ketika selepas itu beliau ditahan lagi karena dituduh merekrut seorang pemuda untuk menjadi mujahid. Selepas dibebaskan, 'Imad menjadi lebih bersemangat. Dengan siapa saja dia berbicara, pasti perbincangannya tidak akan lari dari topik jihad dan syahid. Kisah-kisah Khalid Al Walid, Saifuddin Qutuz, Salahuddin Al-Ayyubi dan Abu Ubaidah Al-Jarrah sentiasa bermain di bibirnya.

Pada Rabu 24 November 1993 di perkampungan Syaja’yyah sebelah utara Gaza, sekitar 200 pasukan tentera Israel lengkap dengan senjata canggih dan kostum anti peluru, diiringi beberapa helikopter tentera dikerahkan unruk mengepung seorang pemuda bernama ‘Imaad ‘Aql. Beliau di”hendaki” Israel karena telah berhasil membunuh 11 orang tentara Yahudi disamping terlibat dengan usaha menjatuhkan kerajaan haram Israel.

Situasi semakin krusial. Kedudukan ‘Imaad terancam. Namun beliau tidak gentar. Beliau sempat berbicara kepada 2 orang temannya:

“Inilah saat yang paling tepat untuk menyumbangkan seluruh kemampuan jiwa dan ragaku di jalan jihad, sebuah jalan yang telah aku lalui selama bertahun-tahun, jalan kemuliaan yang menjadi pilihanku sejak kecil. Kematian di jalan ini insyaAllah akan mengantarku ke pintu syurga.”



Ternyata Allah SWT mengabulkan impiannya. Dengan deretan 60 buah kenderaan tentera Israel dan deruan sejumlah helikopter tentara yahudi mengepung beliau, pesta pembantaian oleh musuh-musuh Allah ini tercetus. Mereka begitu dendam dan hasad atas keperwiraan dan keberanian ‘Imaad ‘Aql.

‘Imaad ‘Aql akhirnya syahid. Sekitar 70 peluru bersarang di tubuh badannya, termasuk di bagian kepala dan wajahnya. Ternyata tentara-tentara kera itu tidak pernah puas membantai ‘Imaad ‘Aql, mereka merobek dan menghancurkan sisa tubuh perindu syurga Allah itu dengan keji. Bumi Gaza untuk sekian kalinya bermandikan darah syuhada dan menyaksikan kehebatan, keberanian dan ketinggian iman pahlawan yang bernama ‘Imaad ‘Aql.

Ibunda ‘Imaad ‘Aql mengatakan bahawa beliau tidak mampu mengenali anaknya yang sudah hancur berkeping-keping. Dia hanya mampu memeluk bagian kaki anaknya sebagai perpisahan terakhir. Lebih dari 5000 pemuda Palestin mengiringi jenazah ‘Imaad ‘Aql saat menuju ke tanah perkuburan al-Manazhir. Kesyahidan ‘Imaad ‘Aql membangkitkan perasaan kemarahan penduduk Palestina. Mereka bangkit melawan pasukan Yahudi sehingga merebak ke seluruh bandar Gaza.

Firman Allah SWT:

“Golongan terdahulu dan awal di kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lama. Itulah kemenangan yang besar.” (at-Taubah: 100)

Apa Yang Kita Perjuangkan?



Inilah secuil kisah perjuangan ‘Imaad ‘Aql. Beliau sekadar mengulangi sejarah kesyahidan para sahabat Rasulullah SAW sebelumnya. Beliau mengajarkan kepada kita di era moden ini, kehidupan bukan sekadar bersukaria , duduk bersantai-santai dan bersenang-senang sambil berbicara yang remeh temeh sebagaimana yang dinikmati oleh pemuda Islam hari ini. 'Imaad 'Aql mencontohkan kepada kita karakter jiwa pemuda yang berjiwa besar dan mencintai akhirat. Inilah kebahagiaan sebenar dalam kehidupan. Kehidupan bagi seorang pemuda muslim yang sebenar adalah sama sebagaimana apa yang telah Rasulullah SAW dan para sahabat RA teladankan kepada kita, mempertahankan kesucian Islam. Para pemuda di zaman Rasulullah SAW mempersiapkan diri mereka dengan iman dan taqwa dan segala kekuatan yang dimiliki untuk memperkuatkan Islam.

Peranan dan fungsi kita di era moden ini juga adalah sama sebagaimana yang telah dicontohkan oleh para sahabat Rasulullah SAW, terlebih lagi setelah umat kehilangan khilafah Islam pada tahun 1924. Malangnya umat seperti kehilangan jati diri dan nilai perjuangan. Nilai perjuangan mereka hari ini berkisar sekadar memenuhi keperluan peribadi semata. Sudah ribuan dan jutaan sarjana muslim menamatkan pengajian mereka, sudah ribuan ulama, teknokrat dan profesional dilahirkan, namun umat Islam seperti kelemasan dan kehilangan tiang penguatnya. Ke mana perginya mereka ini semua?

Hari ini kita melihat kehidupan kita dan tuntutan Islam terpisah seolah-olah kehidupan kita berada di satu lembah manakala tuntutan perjuangan dakwah dan mempertahankan Islam berada di satu lembah yang lain. Kesannya, Islam dan umat Islam menjadi sasaran musuh. Ustaz Sa’id Hawwa menyatakan:

“Kita dapati Islam dan kaum Muslimin menjadi sasaran musuh luar dan dalam...”

Begitulah berjayanya musuh-musuh Islam khususnya mempengaruhi generasi muda, mengasingkan jiwa umat dengan perjuangan dan tugas asasi kita. Semua ini berpusat pada kelemahan umat memelihara kebersihan Aqidah mereka. Aqidah umat Islam tidak lagi berfungsi akibat pengaruh sistem kehidupan bukan Islam yang mengarah kepada kecintaan dunia semata. Sedangkan da’wah Rasulullah SAW mengajak kepada aqidah yang shahih, hidup dan berfungsi. Aqidah yang menerima Allah SWT sebagai Illah dan Rabb. Menerima HakimiyyahNya. Menerima Deen-Nya serta mendaulat dan mempertahankannya di sepanjang hayat.

Umat kelihatan seperti telah meninggalkan sebahagian dari tuntutan Al Quran dan mengambil hanya yang disukai oleh hawa nafsu. Firman Allah SWT:

Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. ” (al-Baqarah: 85)

Sedangkan hakikatnya kita perlu menghayati dan melaksanakan seluruh tuntutan Islam dalam kehidupan dan tiada pengasingan atau pemisahan dalam mana-mana aspek kehidupan. Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.” (al-Baqarah: 208)

Proses Kembali Matlamat Kehidupan

Mari kita proses kembali matlamat kehidupan kita dengan melaksanakan tarbiyah (didikan) Islamiyah yang benar untuk melahirkan muslim yang serasi dan komitmen dengan Islam. Muslim yang bekerja untuk Islam sepanjang hayat. Muslim yang memiliki sifat-sifat mahmudah seperti yang dimiliki para sahabat Rasulullah SAW. Muslim yang menjadi rijal dan mujahid yang mukhlis. Muslim yang terikat dengan akhirat. Muslim yang merasai Ukhuwwah Fillah.

Didikan (Tarbiyah) yang dijalankan di atas asas Iman akan melahirkan kesungguhan di dalam kerja-kerja da’wah. Al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna r.a. menyatakan:

“Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan dan memasukkan da’wah di hati sahabat-sahabatnya Generasi Awal ialah menyeru mereka supaya beriman dan beramal. Kemudian dihimpun hati mereka dengan penuh kasih sayang dan persaudaraan, mereka berhimpun di atas kekuatan aqidah dan kekuatan kesatuan, maka jadilah mereka jamaah contoh yang semestinya terjulang kalimah dan da’wahnya, memperolehi kemenangan walaupun ahli-ahli bumi seluruhnya tidak menyetujui dan menentang mereka.”


Menegakkan kembali Deen Allah SWT adalah amanah Qubra (besar) dan taklif Rabbani. Generasi pemuda yang memilih jalan dakwah dan perjuangan Islam, kitalah yang harus memikul amanah dan taklif ini karena pemuda biasa yang telah menjadikan dunia untuk dicintainya, tidak mampu memikul tugas besar ini. Kehadiran pemuda yang mencintai jalan dakwah ini akan menguatkan umat karena kita adalah salah seorang daripada pejuang aqidah yang bertanggungjawab menjaga antara ribuan penjuru-penjuru Islam yang perlu dikawal dan dipertahankan agar musuh tidak dapat menceroboh.

Bersama-samalah kita memikul tugas yang mulia ini. Mengajak masyarakat ke jalan Allah SWT secara jama’i, dengan penuh rasa Ukhuwwah dan dengan mempersaksikan Qudwah Hasanah demi pengabdian kepada Allah SWT.

Medan da’wah dan berkerja untuk Islam (du’at) adalah medan yang Allah SWT muliakan. Begitu juga du’at menjadi mulia di atas medan ini. Du’at hidup dan mati di atasnya. Du’at beristiqamah di atasnya hingga kembali bertemu Allah SWT dalam keadaan mendapat kasih-Nya dan terselamat daripada kemurkaan-Nya.

Ya, kita mengakui kualitas amal dan iman kita masih rendah berbanding dengan ‘Imaad Aql, terlebih lagi jika dibandingkan dengan kualitas amal dan iman para sahabat RA. Justru kita perlu sadar bahwa banyak perkara, kerja dan persiapan yang perlu kita usahakan. Jangan berlemah lagi, jawatan du'at senantiasa menanti para pemuda pemudi rabbani. Ayo kita langkahkan tapak-tapak suci, lepaskan semua beban dalam diri, raih kemenangan yang hakiki, gapai syurga yang pasti.

Wallahu’alam.

0 komenkomen:

Post a Comment

Wow.. I love comments! you just made my day! Thanks